
Okay pada entri kali ni, aku akan berkongsi pengalaman aku, pemerhatian aku dan pandangan aku terhadap isu yg hangat skrg ni iaitu K-Pop wave.
Bila visitors menziarahi blog aku ni, pasti mereka tertanya-tanya kenapa begitu byk entri ttg Korea dan sbgainya. Tak kurang juga yg menjelirkan lidah, #annoying. HAHA
Byk remaja2 di seluruh dunia begitu asyik dgn Hallyu. Aku pun naik hairan lg haiwan melihat fenomena tersebut. Paling kelakar tgok mat salih, nigga, pak arab dan minah arab pun minat jugak! Sgt hairan dan teruja melihat begitu besarnya pengaruh K-Pop ni. Aku tertanya-tanya lantas bertanya pd diri sendiri mana datangnya punca , akar, mahupun akar tunjang bg K-pop wave ni menular ke dalam segenap tubuh remaja2 di sekeliling dunia ni. :3
emm.. Bila direnung kembali Korea adalah sebuah negara yg tak dikenali dulu. Korea hanya terkenal dengan negara yg menghasilkan byk barang teknologi yg sgt canggih kerana rata2 rakyat Korea amat meminati bidang penciptaan dan sains. Maka muzik dan filem mereka hanya terkenal di negara mereka saja.
Lantas pada tahun 2005, sebuah kumpulan yg ala-ala boy band ni muncul. Muka stock2 jambu merah je semuanya, ni menggemparkan negara mereka. Dengan gerakan kaki, tarian yg pantas, tambahan pula personaliti yg menarik dan comel pantas saja mendapat feedbacks dari masyarakat setempat.
Dari tahun ke tahun, bulan ke bulan, hari ke hari...
Korean Wave makin menular dgn begitu pantas sepantas typhoon. Dari sudut positifnya, muzik tempatan akan lebih banyak references dan lebih idea untuk menghasilkan lagu, lebih byk pilihan untuk masukkan lagu dlm iPOD. haha..dan byk lagi faedahnya..
TAPI..
Apa yang negatifnya dan yg paling aku tak suka adalah IMAGE.
Kita sedia maklum mereka adalah penganut Kristian dan Buddha. Dan rata-rata yg meminati K-POP ini adalah remaja MELAYU. dan hasilnya...
remaja melayu yg SGT mengikuti fashion yg terlampau yg dibawa dari bumi Korea.
Apa yg kita tahu, penyanyi berkumpulan wanita mereka amat menitik beratkan image dan tarian mereka. Untuk menarik lebih perhatian, agency mereka mula mengubahsuai tarian mereka dari yang innocent ke erotic, dan sexy. Tetapi sexy mereka memang terlampau dan persoalannya "MENGAPA REMAJA MELAYU PEREMPUAN KITA MAHU MENGIKUT FASHION yg sedemikian rupa?" sampai sekarang aku masih pusing dan tak tahu mengapa mereka membabi buta.
ada yg juga yg bertudung tapi menjerit bagai nak gila, ketika artis Korea datang membuat konsert atau fanmeeting, errr...ketika itu aku hanya dapat menggaru kepala dan menghela nafas yg panjang...
satu je yg aku mahu cakap MINAT MINAT JUGAK, KEPERIBADIAN WAJIB DIJAGA
khususnya peminat wanita yg beragama ISLAM.
P/S: aku juga menyukai K-POP, tak salah untuk meminati. malah aku belajar Bahasa Korea sehingga aku bisa berbicara di dalam bahasa itu. jadi tiada masalah asalkan kita tahu batas org Timur dan adab adab Islam. ^.^
aku hanya memberi pandangan sejujur mungkin, annyeong :)