15 April 2009

keadaan

berjalan-jalan ku di kota sesak, pelabur jalanan mengelap keringat. terik mentari itu tidak dapat melenturkan semangat warga jalanan itu. terus sahaja mengorak langkah. mencari sesuap rezeki. simbah air hujan sekalipun,tidak berganjak. memikirkan permata hati, menunggu dengan perut yang tidak berisi. gugup rasanya jika tidak memberi.

berjalan jalan lagi aku di kota riuh, warga muda rancak berpeleseran. bergelak ketawa. tiada pula duka. warga jalanan itu cuma memandang. cuba mengerti lorong kehidupan warga muda itu. mungkin rezeki mereka, getus hati si jalanan itu. tiada kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. sepertinya yang harus meluaskan langkah memekakkan telinga. adakala menerima amarah orang. biarlah

aku berjalan lagi, sampai ke ufuk timur. jika boleh aku ingin sampai ke sana.
melihat pelangi-Nya merwarnai kaki langit.

Tiada ulasan: