6 Julai 2013

Ajari Aku

Setiap hubungan itu ada pasang surutnya. Tiada yang lebih tiada yang kurang pengetahuannya. Hanya naluri, perasaan dan kemampuan untuk terus mengharungi liku liku kehidupan. Berbeza setiap seorang. Pendapat dan keinginan. Kegembiraan kesedihan, tiada apa yang lebih diutamakan. Kesedihan itu bersifat sementara. Ya. Susah. Sungguh susah untuk terima. Aku menundukkan kepala ku ke arahMU, meminta petunjuk dan ketenangan hati. Dalam aku menyelak satu demi satu kenangan. Payah. Setiap kali diselak, setiap kali itu air mata tumpah tidak berhenti. Namun aku sedang kuatkan hati. Harap Yang Maha Esa membantuku. Bulan Ramadhan menerpa lagi. Mohon segalanya disucikan. Aku harap begitu, Ya Allah.... kuatkan hatiku. Aku cinta dia.

Tiada ulasan: