21 April 2013
Bersabarlah sayang
Tika aku menulis ini, air mata tak berhenti mengalir. Seolah Sungai Nil yang tidak pernah surut airnya. Aku tidak mahu menangis tapi entah kenapa, malam ini aku terasa benar bedanya. Tekanan di benak seolah tak tertahan lagi. Tapi ku ingatkan setiap kalinya, "Bersabarlah sayang..." Itu cara aku pujuk hati setiap kali hati seakan lemah. Aku merasakan inilah jalan cinta yang paling berliku. Yang harus dilalui aku. Aku sudah ditengah perjalanan. Sukar dan tidak mungkin aku berpatah kembali. Aku berpesan pada sahabat, sabar dan ikhlas. Dan sahabatku berjaya tapi tidak aku. Ya Tuhan, kalau begini yang ditetapkan, sesukar ini jalanku dalam mencari kebahagiaan, aku terima dan akan berusaha. Tunggu. Ya aku harus menunggu. Lama. Dan. Lebih lama. Aku redha. Kerna aku cinta dia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan