3 Jun 2013

Sekilas Pandang

Kalau ditadahkan baldi di depan aku, banyak sudah air mata tumpah dan masuk dalam baldi baldi tu. Kiraannya terlalu banyak. Tak terkira. Asyik saja berendam air mata. Nak jugak aku makan kuih badak berendam. Hahahaha. Pernah tidak satu ketika kau duduk di bilik seorang diri dan lihat figura engkau di depan cermin, dan terus saja kau menangis semahunya. Seperti ada satu batu dan beban yang maha berat di atas dada, walhal kau tidak dapat membezakan yg benar dan yg batil. Pernah ke? Pernah jugakah kau berada di satu sudut kehidupan, dan memikirkan, " Kemanakah akan ku tuju selepas ini? " Pernah jugakah kau berdepan dengan orang yang kau cinta sehinggakan kau lupa untuk cintai diri engkau sendiri. Pernah ke? Persoalan peroalan ini semua bermain dalam fikiran. Tak tentu masa. Di mana kau tahu kau mencintai seseorang itu terlalu dalam, terlalu dalam sehingga kau lemas dalam tangis sendiri bila apa yang diharapkan tidak kau dapat. Tidak kau rasa. Kau hanya jadi pak turut menurut segala kata. Cuma satu , tidak ingin hilang dia. Tapi, benarkah apa yang dibuat itu semua? Seperti kita dibutakan dengan mata, dan hati. Selesakah engkau mencintai seseorang itu terlalu dalam, tanpa sebarang ikatan? Mahu atau tidak, terpaksa diturutkan. Cuma apa? Cuma satu, sekali lagi tidak mahu kehilangan. Sebab apa? Sebab kita menghargai perasaan yang Yang Maha Esa berikan. Mahu dijaga sebaik baiknya. Masih bertahan walau berbagai bagai dugaan yang datang, Ribut taufan...mahupun Tornado sekalipun, cinta kita itu tidak pernah berubah. Tidak pernah sekali pun ada perasaan ingin mengkhianati. Tidak. Mungkin masanya belum datang, mungkin sampai menutup mata dan menghela nafas yg terakhir barulah terbuka hati menerima. Hendak dikata, waktu itu sudah terlambat. sudah terlalu lambat. "Appreciate what you have, and don't be sad and regret when its gone"

Tiada ulasan: