8 Julai 2013
Penguat II
"does a cute heart owez diz small inside? cuz im rly glad its small. cuz the smaller its, the comfortable i am.
so u can owez feel me walking inside ur heart. and yes. i can tahan in ur cute heart"
"if its too cold. i might die inside u. hurmm. but too warm i might also die inside u.can u be in between? cuz i juz wana stay alive inside ur heart. i was on my way to sleep oredy when i saw a scar. here, inside. im not gona ask who did diz. but i juz patch it with a lil bit of my heart if u dun mind. :) so, may go to sleep now."
Teruskan
Bila ku selak kembali halaman halaman di ruang Skype. Hati lansung jadi sayu. Terus saja airmata ini menderu laju. Tidak ubah seperti Niagara Falls. Bagaimana kau cuba fit in dalam hati, bagaimana kau pujuk hati aku yang keras bagai batu, bagaimana kau jinakkan ia. Tumpah segala air mata, mana juga hilangnya si kuat Maisarah?
Entah. Setiap kali solat, wajah kau menerpa dulu. Apa ini satu petanda atau apa. Aku tidak tahu.
Bagaimana ku bertahan selama ini, tak mudah untuk aku berhenti.
Akhirnya aku teruskan, teruskan jua.
Teruskan segala daya.
Segala usaha.
Pasti Allah kabulkan juga.
Jodoh bersama dia, hari hari dipohon tanpa lupa.
Tanpa lupa ku selitkan namamu di setiap doaku.
Amin Ya Rabb.
6 Julai 2013
Ajari Aku
Setiap hubungan itu ada pasang surutnya. Tiada yang lebih tiada yang kurang pengetahuannya. Hanya naluri, perasaan dan kemampuan untuk terus mengharungi liku liku kehidupan. Berbeza setiap seorang. Pendapat dan keinginan. Kegembiraan kesedihan, tiada apa yang lebih diutamakan. Kesedihan itu bersifat sementara. Ya. Susah. Sungguh susah untuk terima. Aku menundukkan kepala ku ke arahMU, meminta petunjuk dan ketenangan hati. Dalam aku menyelak satu demi satu kenangan. Payah. Setiap kali diselak, setiap kali itu air mata tumpah tidak berhenti. Namun aku sedang kuatkan hati. Harap Yang Maha Esa membantuku. Bulan Ramadhan menerpa lagi. Mohon segalanya disucikan. Aku harap begitu, Ya Allah.... kuatkan hatiku. Aku cinta dia.
11 Jun 2013
TORNS
Have you ever been in this situation, where you are apart for months. But then you are not aware of the storm whereby you put so much trust when you know you are not supposed to do it. Have you?
Me. Yes
You know, I'm giving all of my love and my time just for you. I'm giving you space for you to breathe. I'm giving you time for you to think. I'm giving you my trust for you to be free. But in the end, what did you give me back in return? You're going out with her again, made promises which is I don't know what kind of "tired of waiting" for her. Which is I don't know what kind of "Yes, or No.Idk" for her. Which is I don't know what kind of "Stop pushing me like a cart" for you.
Are you playing games with me?
Do you want to break your promises months ago?
You ever said to me "I WILL NEVER LOOK BACK. AND I WILL START APPRECIATING WHAT IS IN FRONT OF ME"
NOW?
ASK YOURSELF.
3 Jun 2013
Sekilas Pandang
Kalau ditadahkan baldi di depan aku, banyak sudah air mata tumpah dan masuk dalam baldi baldi tu. Kiraannya terlalu banyak. Tak terkira. Asyik saja berendam air mata. Nak jugak aku makan kuih badak berendam. Hahahaha. Pernah tidak satu ketika kau duduk di bilik seorang diri dan lihat figura engkau di depan cermin, dan terus saja kau menangis semahunya. Seperti ada satu batu dan beban yang maha berat di atas dada, walhal kau tidak dapat membezakan yg benar dan yg batil. Pernah ke? Pernah jugakah kau berada di satu sudut kehidupan, dan memikirkan, " Kemanakah akan ku tuju selepas ini? " Pernah jugakah kau berdepan dengan orang yang kau cinta sehinggakan kau lupa untuk cintai diri engkau sendiri. Pernah ke?
Persoalan peroalan ini semua bermain dalam fikiran. Tak tentu masa.
Di mana kau tahu kau mencintai seseorang itu terlalu dalam, terlalu dalam sehingga kau lemas dalam tangis sendiri bila apa yang diharapkan tidak kau dapat. Tidak kau rasa. Kau hanya jadi pak turut menurut segala kata.
Cuma satu , tidak ingin hilang dia.
Tapi, benarkah apa yang dibuat itu semua? Seperti kita dibutakan dengan mata, dan hati.
Selesakah engkau mencintai seseorang itu terlalu dalam, tanpa sebarang ikatan?
Mahu atau tidak, terpaksa diturutkan.
Cuma apa? Cuma satu, sekali lagi tidak mahu kehilangan.
Sebab apa?
Sebab kita menghargai perasaan yang Yang Maha Esa berikan. Mahu dijaga sebaik baiknya.
Masih bertahan walau berbagai bagai dugaan yang datang,
Ribut taufan...mahupun Tornado sekalipun, cinta kita itu tidak pernah berubah.
Tidak pernah sekali pun ada perasaan ingin mengkhianati.
Tidak.
Mungkin masanya belum datang, mungkin sampai menutup mata dan menghela nafas yg terakhir barulah terbuka hati menerima.
Hendak dikata, waktu itu sudah terlambat. sudah terlalu lambat.
"Appreciate what you have, and don't be sad and regret when its gone"
21 April 2013
Bersabarlah sayang
Tika aku menulis ini, air mata tak berhenti mengalir. Seolah Sungai Nil yang tidak pernah surut airnya. Aku tidak mahu menangis tapi entah kenapa, malam ini aku terasa benar bedanya. Tekanan di benak seolah tak tertahan lagi. Tapi ku ingatkan setiap kalinya, "Bersabarlah sayang..." Itu cara aku pujuk hati setiap kali hati seakan lemah. Aku merasakan inilah jalan cinta yang paling berliku. Yang harus dilalui aku. Aku sudah ditengah perjalanan. Sukar dan tidak mungkin aku berpatah kembali. Aku berpesan pada sahabat, sabar dan ikhlas. Dan sahabatku berjaya tapi tidak aku. Ya Tuhan, kalau begini yang ditetapkan, sesukar ini jalanku dalam mencari kebahagiaan, aku terima dan akan berusaha. Tunggu. Ya aku harus menunggu. Lama. Dan. Lebih lama. Aku redha. Kerna aku cinta dia.
Langgan:
Catatan (Atom)